Wednesday, 13 May 2015

RAUDHAH ANAKKU :)

Raudhah..

dah besar dah kamu nak..9bulan 17hari..
cepat sangat masa berlalu.
banyak moment kamu membesar yang mummy terlepas.
sedih plak rasa..
mummy rindu adik..sayang adik.
kalau mummy marah, tengok adik tersenyum boleh jadi sejuk hati mummy.
bila mummy penat balik krja, adik sambut mummy sambil terloncat-loncat, mummy rasa seronok.
makin hari makin byk yang adik belajar.
adik dah pndai bertatih & berjalan lepas tangan..walaupun adik malas..heheh..
adik dah pandai merangkak panjat tangga laju2..
adik kuat makan, adik makin bulat..cuma susu je adik kurang skit..
xpela asalkan adik dah makan..

adik akan goyang kan badan ke depan & kebelakang bila mummy nyanyi kan lagu @ zikir.
adik akan senyum.
bila adik dengar azan kt tv, adik diam..adik tengok je.
bila mengaji pun sama, adik akan diam & pandang je kt tv tu.

hummm..xsampai 3bulan lagi adik akan 1tahun.
cepat sangat adik dah besar.
sakit contraction masa mummy nak lahirkan adik 9bulan yang lepas pun masih terasa lagi.
lepas ni adik dah nk masuk sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, kahwin....ahhh xsanggup rasanya..
bila adik dah besar nnti, boleh ke mummy peluk cium adik lagi macam skrg?
boleh ke mummy manjakan adik lagi macam skrg?

kalau lah adik boleh baca coretan mummy, boleh tau isi hati mummy..
betapa mummy sangat menyayangi adik.
setiap masa kalau boleh mummy nak ada sentiasa di sisi adik
mummy xnk lagi terlepas moment indah adik membesar
biar semua nya berlaku depan mata mummy.

adik, sayang la mummy macam mana mummy sayang adik.
rindu la mummy macam mana mummy rindukan adik.

mummy sayang adik dunia akhirat.
adik harta mummy dunia akhirat :)




LOVE, ::NADIA::