huh!!!!
awal2 lagi dah mengeluh..penat..
baru masuk kerja setelah EL dari hari selasa lepas. Raudhah tak sihat, demam, muntah2 & cirit-birit.
raudhah start tak sihat hari isnin lepas..tgahari tu mak mertua bgth dia muntah 2 kali.
malam pun still muntah lagi, saya & husband decide bawak raudhah prgi klinik.
doc takda cakap kenapa Raudhah jadi macam tu.
doc advice cair kan susu..sebab, baby kalau ada masalah dengan perut like muntah, cirit-birit, kena cairkan susu. sebab susu ada laktosa..perut baby yang ada masalah tak boleh terima laktosa.
tapi kalau dah cairkan susu pun tak boleh jugak, kena tukar kepada susu free laktosa.
tapi kalau still tak ok, tukar kepada susu soya like isomil.
and last, kalau semua tu still tak boleh, kena warded, drip air garam.
tu lah yang terjadi pada raudhah.
malam selasa pergi check di hospital selayang, doc cuma bagi ubat demam & air garam.
sampai la ke hari khamis, keadaan masih tak berubah, call husband suruh balik dari kerja.
lepas lunch, bawak raudhah pergi check di kpj tawakal kat jalan pahang nun..
terus kena tahan, sebab masa nk timbang berat dia, tetiba dia telah mengeluarkan najis yang banyak..keluar air semata2..nasib baik ada alas.kalau tak, habis banjir..heheh...
seperti biasa..muka raudhah time tu sangat lemah, takda action, tak nangis..
timbang berat, turun 1/2 kg dari 2 hari lepas. kesian dia :)
alhamdulillah, sekarang keadaan raudhah dah beraunsur pulih. not 100% baik. tapi doc bagi discharge & just monitor kat rumah. sebab duduk hospital pun bukan ada apa, drip air dah tak pakai, just bg ubat je. so boleh la moniotr kat rumah.
so hari ni nak kongsi sikit apa itu rotavirus..tapi mukadimah dia terpanjang pulak. hihi...
jom baca!!
Apa itu jangkitan Rotavirus?
Rotavirus biasanya berpunca daripada gejala cirit birit dan muntah yang amat teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak. Virus ini menular di mana sahaja tanpa mengira tempat manakala bayi adalah sasaran utama Rotavirus ini, malah setiap hari kematian yang disebabkan oleh penyakit ini dilaporkan di seluruh dunia.
Apa Itu Rotavirus?
Rotavirus adalah sejenis virus yang mudah dijangkiti melalui sentuhan biasa dan boleh kekal beberapa jam di atas kulit manusia serta mampu bertahan dalam jangka masa yang lama di atas permukaan yang keras malah virus ini boleh kekal hidup dalam jangka masa yang agak lama di dalam najis individu yang telah dijangkiti. Ia juga adalah sejenis virus yang menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman manusia.
.jpg)
Simptom Dan Tanda Jangkitan Rotavirus
Komplikasi Rotavirus
Dehidrasi atau kekurangan air yang mencukupi di dalam badan adalah salah satu punca utama yang menyebabkan pesakit mengalami cirit birit dan muntah berlarutan. Sekiranya pesakit mengalami Dehidrasi yang terlalu teruk, keadaan ini akan menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman atau usus pesakit, masalah pernafasan, kardiak, jangkitan pada otak dan kegagalan fungsi buah pinggang yang boleh membawa maut.
Cara Mengatasi Rotavirus Dan Cirit Birit
- Memberi bayi dengan susu ibu untuk mengelakkan Dehidrasi
- Memberi ubat atau cecair yang boleh mengubati cirit birit
- Amalkan asas kebersihan seperti membasuh tangan dengan cara yang betul
- Temui doktor jika tanda Dehidrasi berlaku seperti mulut kering dan najis berdarah
credit: http://odahone.blogspot.com/2012/02/apa-itu-jangkitan-rotavirus-simptom.html
LOVE, ::NADIA::