Wednesday 23 December 2015

RANDOM

as'kum..

lama dah rasanya tak cerita dalam blog yang tak seberapa ni..hari ni tetiba teringat plak.
so, gambar2 yang ada ni random.. kita cerita based from gambar la ye.. :)




gambar ni masa raya yang lepas-raya ke3. tak salah hari raya ke 3 ni nak pergi ke melaka rumah acu len-makcik en husband. dah tak berapa ingat dah kejadian di pagi hari tu hahah...yang penting muka ceria nk pi berjalan.. ok next!!!



josha's family

sisters

kami & mak-abah

lelaki2 dalam josha's family

ok ni plak masa raya pertama yang lepas..hambikkk..gambar pun dah susun tak betul..lantakkan!
raya di seremban, rumah nenek bersama keluarga tersayang :)
balik ke seremban sehari sebelum raya, sampai pun dah petang, tinggal tunggu nk berbuka je hihi..
petang raya kedua dah balik KL, beraya dgn keluarga en husband plak & raya ketiga kan nk pergi melaka-gambar kat atas nunnnn..ok next!



ok ni gambar baru je lagi..hujung minggu baru ni.. cousin sebelah en husband ada buat birthday party anak nye di shah alam. next!


ok yang ni pulak, bawa si kenit bucuk bambam raudhah pi zoo negara..masa ni kalau tak silap 1nov2015-bersamaan dengan anniversary i dgn en husband yang kedua.. sambut kat zoo pun okeyhh apeee.. :)


balik dari zoo negara, dah petang..singgah aeon wangsa maju, saja berjalan perabih masa.hihi
lepas maghrib pi makan kt burger byte kat sentul & ini lah gamabr yang adooo..hahah..so suweeettttt :)

ok gambar last ni tak hingat masa bila..yang ingat masa ni balik dari bawak raudhah pi checkup kat klinik KK ibu & anak di metro prima kepong. sebelum hantar dia balik kita pi breakfast dulu di kedai mamak.

ok tu jela laporan yang ada..saja nk update gambar2 ni supaya bila bukak blog ni, ada kenangan yang kadang2 kita tak ingat pun ada nya gambar2 ni.. at least tersimpan jugak dalam blog ni. kalau dalam hp kadang mana tau terdelete ke apa ke kan.. ok la... tata!!!

LOVE, ::NADIA::


Wednesday 13 May 2015

RAUDHAH ANAKKU :)

Raudhah..

dah besar dah kamu nak..9bulan 17hari..
cepat sangat masa berlalu.
banyak moment kamu membesar yang mummy terlepas.
sedih plak rasa..
mummy rindu adik..sayang adik.
kalau mummy marah, tengok adik tersenyum boleh jadi sejuk hati mummy.
bila mummy penat balik krja, adik sambut mummy sambil terloncat-loncat, mummy rasa seronok.
makin hari makin byk yang adik belajar.
adik dah pndai bertatih & berjalan lepas tangan..walaupun adik malas..heheh..
adik dah pandai merangkak panjat tangga laju2..
adik kuat makan, adik makin bulat..cuma susu je adik kurang skit..
xpela asalkan adik dah makan..

adik akan goyang kan badan ke depan & kebelakang bila mummy nyanyi kan lagu @ zikir.
adik akan senyum.
bila adik dengar azan kt tv, adik diam..adik tengok je.
bila mengaji pun sama, adik akan diam & pandang je kt tv tu.

hummm..xsampai 3bulan lagi adik akan 1tahun.
cepat sangat adik dah besar.
sakit contraction masa mummy nak lahirkan adik 9bulan yang lepas pun masih terasa lagi.
lepas ni adik dah nk masuk sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, kahwin....ahhh xsanggup rasanya..
bila adik dah besar nnti, boleh ke mummy peluk cium adik lagi macam skrg?
boleh ke mummy manjakan adik lagi macam skrg?

kalau lah adik boleh baca coretan mummy, boleh tau isi hati mummy..
betapa mummy sangat menyayangi adik.
setiap masa kalau boleh mummy nak ada sentiasa di sisi adik
mummy xnk lagi terlepas moment indah adik membesar
biar semua nya berlaku depan mata mummy.

adik, sayang la mummy macam mana mummy sayang adik.
rindu la mummy macam mana mummy rindukan adik.

mummy sayang adik dunia akhirat.
adik harta mummy dunia akhirat :)




LOVE, ::NADIA::


Thursday 26 March 2015

8MONTHS NUR RAUDHAH AMEENA

hari ini, genap usia NUR RAUDHAH AMEENA 8 bulan.
makin lasak, dah pandai nak berdiri-diri & lepas tangan..tapi tak jalan pun. last-last duduk je..
masih tak berani lagi nak melangkah..
takpe la nakkkk..slow2 ye.

HAPPY BIRTHDAY RAUDHAH!!!!!
mummy harap Raudhah akan jadi anak yang solehah..
yang akan pimpin tangan mummy & daddy masuk ke dalam syurga ALLAH..

semoga Raudhah sentiasa sihat, jadi anak yang cerdik, jadi anak yang baik.
I'allah mummy & daddy akan sentiasa doakan kesejahteraan Raudhah.

mummy & daddy sentiasa sayang kamu Raudhah..dunia akhirat :)
i love u so much!!





sayang kamu ketat2..muahhhhhhh :)

LOVE, ::NADIA::

LEBIH BAIK DIAM DARI BERKATA-KATA

kadang-kadang orang sekeliling takkan paham apa yang kita luahkan
sering disalah erti, mejadikan kita yang nampak salahnya.
kita yang nampak buruknya.
salah ke luahan dibuat?
adakah cara nya yang tak kena?
entah.... baik disimpan sendiri.. tapi lama-lama boleh jadi duri..
kadang-kadanag lebih baik diam dari berkata apa-apa..

LOVE, ::NADIA::

Wednesday 4 March 2015

KEMALASAN BERGANDA MELANDA

salam...

petang ni penuh dgn sifat M. stand for MALAS..
satu kerja petang ni aku tak buat.
mengadap PC kat ofis ni dok bukak tutup baca blog orang lain.
sampai dah tak tahu nak baca blog sapa lagi..
dah tak tahu nak buat apa..
kerja banyak tapi taknak buat..
makan gaji buta aku petang ni!!!!

rasa nak tidoooooooooooooooooooooo..........zzzzz................

LOVE, ::NADIA::

Monday 2 March 2015

APA ITU ROTAVIRUS???

huh!!!!

awal2 lagi dah mengeluh..penat..
baru masuk kerja setelah EL dari hari selasa lepas. Raudhah tak sihat, demam, muntah2 & cirit-birit.
raudhah start tak sihat hari isnin lepas..tgahari tu mak mertua bgth dia muntah 2 kali.
malam pun still muntah lagi, saya & husband decide bawak raudhah prgi klinik.
doc takda cakap kenapa Raudhah jadi macam tu.
doc advice cair kan susu..sebab, baby kalau ada masalah dengan perut like muntah, cirit-birit, kena cairkan susu. sebab susu ada laktosa..perut baby yang ada masalah tak boleh terima laktosa.
tapi kalau dah cairkan susu pun tak boleh jugak, kena tukar kepada susu free laktosa.
tapi kalau still tak ok, tukar kepada susu soya like isomil.
and last, kalau semua tu still tak boleh, kena warded, drip air garam.

tu lah yang terjadi pada raudhah.
malam selasa pergi check di hospital selayang, doc cuma bagi ubat demam & air garam.
sampai la ke hari khamis, keadaan masih tak berubah, call husband suruh balik dari kerja.
lepas lunch, bawak raudhah pergi check di kpj tawakal kat jalan pahang nun..
terus kena tahan, sebab masa nk timbang berat dia, tetiba dia telah mengeluarkan najis yang banyak..keluar air semata2..nasib baik ada alas.kalau tak, habis banjir..heheh...
seperti biasa..muka raudhah time tu sangat lemah, takda action, tak nangis..
timbang berat, turun 1/2 kg dari 2 hari lepas. kesian dia :)

alhamdulillah, sekarang keadaan raudhah dah beraunsur pulih. not 100% baik. tapi doc bagi discharge & just monitor kat rumah. sebab duduk hospital pun bukan ada apa, drip air dah tak pakai, just bg ubat je. so boleh la moniotr kat rumah.

so hari ni nak kongsi sikit apa itu rotavirus..tapi mukadimah dia terpanjang pulak. hihi...
jom baca!!

Apa itu jangkitan Rotavirus?
Rotavirus biasanya berpunca daripada gejala cirit birit dan muntah yang amat teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak. Virus ini menular di mana sahaja tanpa mengira tempat manakala bayi adalah sasaran utama Rotavirus ini, malah setiap hari kematian yang disebabkan oleh penyakit ini dilaporkan di seluruh dunia. 


Apa Itu Rotavirus? 
Rotavirus adalah sejenis virus yang mudah dijangkiti melalui sentuhan biasa dan boleh kekal beberapa jam di atas kulit manusia serta mampu bertahan dalam jangka masa yang lama di atas permukaan yang keras malah virus ini boleh kekal hidup dalam jangka masa yang agak lama di dalam najis individu yang telah dijangkiti. Ia juga adalah sejenis virus yang menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman manusia.

Simptom Dan Tanda Jangkitan Rotavirus
  • Cirit birit berlarutan
  • Muntah berterusan
  • Sakit perut
  • Demam dan selsema
  • Bau najis terlalu busuk
  • Komplikasi Rotavirus

Komplikasi Rotavirus
Dehidrasi atau kekurangan air yang mencukupi di dalam badan adalah salah satu punca utama yang menyebabkan pesakit mengalami cirit birit dan muntah berlarutan. Sekiranya pesakit mengalami Dehidrasi yang terlalu teruk, keadaan ini akan menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman atau usus pesakit, masalah pernafasan, kardiak, jangkitan pada otak dan kegagalan fungsi buah pinggang yang boleh membawa maut.

Cara Mengatasi Rotavirus Dan Cirit Birit
  • Memberi bayi dengan susu ibu untuk mengelakkan Dehidrasi
  • Memberi ubat atau cecair yang boleh mengubati cirit birit
  • Amalkan asas kebersihan seperti membasuh tangan dengan cara yang betul
  • Temui doktor jika tanda Dehidrasi berlaku seperti mulut kering dan najis berdarah




credit: http://odahone.blogspot.com/2012/02/apa-itu-jangkitan-rotavirus-simptom.html

LOVE, ::NADIA::

Monday 23 February 2015

JALAN-JALAN CARI MAKAN

Ini cerita petang semalam..ahad,22.02.2015.
takda buat apa kt rumah, lepas masak & makan lebih kurang jam 3 petang, terus siap2 ajak husband keluar..
tetiba teringin nak pekena cendol bakar & jalan2 makan angin hiRup udara segar di kuala selangor..
jam 4ptg keluar rumah, hantar mak mertua & pakcik husband (cumai) balik rumah nya di sentul, sebab tadi dia tolong betulkan paip dapur yang dah berhari2 bocor..habis lecak dapur tu..hihi..

terus drive ke kuala selangor ikut highway LATAR. saya yang drive.. husband kt sebelah tido dengan baby raudhah :)
slowly drive...sampai di kuala selangor hampir jam 6ptg..cepat betul masa berjalan..
terus pergi ke gerai cendol bakar..beli sekali coconut shake tapi tak sedap..haha..
cendol bakar je sedap..
beli drive thru je..sebab nk pErgi lepak di pantai remis..
hajat nak cari ikan pari masin..nak buat gulai campur petai..buat pedas2..wahhhh sedap!!!
teringat sebab hari tu maklang buat kt rumah nenek di seremban..

sampai je pantai remis, cari parking dulu, sambil lalu tepi2 gerai tu ternampak plak kerang bakar.
suka nya husband sebab dari hari tu die teringin nak makan.
jalan2 jugak kt gerai2 yang ada jual baju, mainan dll.
belikan raudhah mainan, tak xsampai 5minit jatuh berkecai..murah je pun..rm4 je..hahah
sian raudhah..sabar la nak oiiiiii :)

sempat beli baju tshirt untuk husband & saya beli seluar tido je..
terus g makan kerang bakar,,puas hati mkn..byk jugak sepinggan..punya la ramai orang..
habis makan dah hampir jam 7ptg. siap2 nak balik tapi sempat singgah gerai uncle bob..hahah..
bau nya menusuk hding... beli mkn dalam kereta..
cari2 jugak gerai ikan kering tapi tak nmpk..xpela mungkin dah xde rezeki...
singgah tepi pantai sempat jugak ambik gambar..1 je..ok la dari xde...tu pun gambar husband xde..huhu...


gambar mahal ni heheheh ;P

otw nak keluar dari tempat tu, ternampak pulak gerai ikan kering..kt belah belakang, patut lah xnmpk td.
terus mintak husband berhenti & akhirnya tercapai jugak hajat nk kan ikan pari masin..
sempat jugak beli sotong gula & sotong sambal yang macam kerepek tu..

dah jom balik!!!! :)


LOVE, ::NADIA::